Mon, 17 Feb 2025
Headlines:
Penduduk Sipitang minta jambatan konkrit lebih tinggi
Published on: Sunday, August 04, 2024
Published on: Sun, Aug 04, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penduduk Sipitang minta jambatan konkrit lebih tinggi
JAMBATAN rendah itu mudah ditenggelami sungai ketika banjir.
SIPITANG: Penduduk Kampung Meligan menggesa Kerajaan membina jambatan konkrit lebih tinggi untuk menggantikan jambatan sedia ada, kerana kerap dibanjiri disebabkan hujan lebat.

Seorang penduduk Jenifer Opai, berkata kekerapan banjir menyebabkan gangguan lalu lintas, menjadikan jambatan tidak dapat dilalui kebanyakan kenderaan, kecuali lori sejak 10 pagi Jumaat.

Advertisement
Banjir tersebut menjejaskan beberapa kampung, termasuk Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio, Kampung Batu Nuduk, Kampung Abpa Kemadang dan Kampung Iburuh, kerana bergantung kepada jambatan itu untuk sampai ke Sipitang.

“Jambatan terlalu rendah, menyebabkan ia mudah dibanjiri disebabkan hujan lebat sejak Khamis. Banyak kenderaan terkandas, sama ada menuju ke Sipitang atau balik ke kampung,” katanya.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Petani yang ingin ke pasar untuk menjual hasil tanaman mereka di Sipitang khususnya terjejas, kerana mereka tidak dapat mengangkut hasil mereka menyeberangi jambatan dibanjiri.

“Arus sungai yang deras  ketika banjir membahayakan kenderaan kecil, malah pacuan empat roda, yang berrisiko dihanyutkan arus, serta boleh menyebabkan kemalangan,” tambahannya.

Advertisement
Jambatan itu, dibina 33 tahun lalu untuk mengangkut kayu balak Sabah Forest Industry (SFI), tidak pernah dinaik taraf kepada jambatan konkrit lebih tinggi dari paras sungai. 

Meskipun sudah dibincangkan bertahun lamanya untuk menaiktaraf jambatan itu, tiada tindakan nyata yang diambil, menyebabkan penduduk tidak pasti bila atau jika penambahbaikan akan dilakukan.

Advertisement
Jenifer menggesa Kerajaan menaiktaraf jambatan itu kerana ia perlu untuk meningkatkan keselamatan, memastikan pengangkutan boleh diharap dan memupuk pertumbuhan sosioekonomi di kawasan itu.

“Banjir ini menghalang pelancong dan menyekat pergerakan kenderaan kecemasan, termasuk ambulans, yang mungkin kritikal bagi pesakit, terutamanya wanita mengandung,” katanya.  
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here