Empat pendatang tanpa izin dijel 4 bulan
Published on: Tuesday, August 06, 2024
By: Cynthia D Baga
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Empat pendatang tanpa izin (PTI) masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Warga asing berusia antara 32 dan 50 tahun itu mengaku secara berasingan kepada pertuduhan terhadap mereka, selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.
ADVERTISEMENT Mereka ditahan di kawasan bandaraya dan Penampang selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis, baru-baru ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Semasa mitigasi, mereka memberitahu mahkamah bahawa mereka telah berada di negeri ini selama beberapa bulan dan beberapa tahun, dan mereka bekerja sebagai buruh dan nelayan.
Mereka meminta dihantar pulang ke tempat asal secepat mungkin.
ADVERTISEMENT Mereka diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas menjalani hukuman penjara itu, semua tertuduh diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.