SIPITANG: Sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Tunas Baru, Sipitang, musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu lepas.
Rumah itu adalah milik seorang guru di SK Kg Meligan.
Advertisement

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan keadaan penghuni tidak berada di rumah dalam kejadian jam 6 pagi itu.
Rumah itu sudah musnah ketika bomba tiba di lokasi yang jaraknya lebih kurang 42 kilometer dari pekan Sipitang.