Program sekolah: Pembabitan agensi kerajaan, NGO penting
Published on: Tuesday, August 06, 2024
By: Marutin Ansiung
ROBERT (ketiga dari kiri) menyampaikan hadiah utama kepada salah seorang murid bertuah.
KENINGAU: Pembabitan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam program anjuran sekolah amat penting dalam memartabatkan pembangunan pendidikan.
Adun Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), peranan agensi kerajaan dan NGO juga diperlukan bagi membantu pihak sekolah.
ADVERTISEMENT Katanya, usaha untuk memartabatkan pendidikan bukan diletakkan sepenuhnya kepada warga pendidik tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas merasmikan Program Karnival dan Larian Jogathon Sekolah Kebangsaan (SK) Binaong 2024.
Terdahulu dalam ucapannya, Robert berkata, program seumpama ini bukan sahaja menjadi satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SK Binaong, ibu bapa serta masyarakat setempat, ia juga memberi impak baik kepada murid-murid untuk bergiat cergas dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Katanya, program ini juga memberi nilai tambah pengetahuan serta menyemai kemenjadian murid.
ADVERTISEMENT Dalam program ini, Robert turut meninjau aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti Flying Fox, serta melawat gerai jualan dan pondok pameran pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.
Pada masa sama, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada komuniti PIBG serta masyarakat setempat yang turut sama membantu melaksanakan dan menjayakan karnival ini.
ADVERTISEMENT Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Joharie @ Jaibet Sabian, Yang Dipertua PIBG SK Binaong Awang Matusin Awang Anak, Guru Besar SK Binaong (Puan) Haini Hj Suparno dan pemimpin masyarakat.
Selain hadiah larian Jogathon, program itu turut diserikan dengan cabutan tiket bertuah.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.