KUNAK: Bertan-tan batuan ditemukan di permukaan tapak projek pembinaan di sini - itu cabaran utama pihak pemaju di kawasan tapak pembinaan bangunan kedai di kawasan perniagaan Simpang Empat, di sini.
Kerja pengorekan untuk meratakan kawasan bercerun itu dijalankan sejak tahun lalu dan sehingga kini proses mengumpul batuan pelbagai saiz sedang dilakukan.
Advertisement

Secara tidak langsung, pihak pemaju dan kontraktor juga berdepan cabaran kos yang tinggi.
“Batuan induk yang biasa ditemukan di Kunak ialah jenis basalt yang telah melalui proses luluhawa,” kata seorang kontraktor yang pernah meninjau kawasan tapak binaan di situ.
Kajian sejarah menunjukkan daerah Kunak mempunyai beberapa tarikan antaranya terowong kartz semula jadi di Ladang Mostyn, kolam air panas di Ladang Sungang, dan kolam lumpur gunung berapi di Ladang Binuang.
Kesemua kawasan itu berkait dengan kewujudan gunung berapi mati atau tidak aktif sejak berpuluh ribu tahun dahulu di Mostyn.
Advertisement
_.gif)
Tinggalan batuan inilah yang banyak dan biasa ditemukan di mana-mana kawasan tapak pembinaan di daerah Kunak.
Sisa-sisa dari batuan induk basalt yang sudah terluluhawa kebanyakannya boleh ditemui di sekitar ladang kelapa sawit dekat Pekan Kunak, termasuk di kawasan tapak pembinaan ketika kerja pengorekan tapak projek.
“Salah satu keistimewaan batuan ini, ia boleh diproses untuk menghasilkan batuan bersaiz lebih kecil menggunakan mesin pemecah batu,” kata seorang penyelia projek.