Tue, 20 May 2025
Headlines:
Kastam tahan dua, rampas lebih 20kg dadah
Published on: Tuesday, August 06, 2024
Published on: Tue, Aug 06, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Kastam tahan dua, rampas lebih 20kg dadah
SITI (tiga dari kiri) dan pegawainya menunjukkan rampasan dadah itu.
Kota Kinabalu: Dua lelaki, termasuk seorang remaja, yang menjadi keldai dadah membawa lebih 20 kilogram methamphetamine menerusi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 30 Julai lalu.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 18 dan 29 tahun itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Tawau bersama bagasi masing-masing yang berisi dadah dengan nilai keseluruhan RM667,729.

Advertisement
Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Siti Mang berkata, rampasan kes pertama pada jam 12.30 tengah hari di Lapangan Terbang Tawau melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang ditahan bersama sebuah bagasi penumpang.

“Hasil imbasan imej menemui 10 bungkusan yang mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 10,199 gram dianggarkan bernilai RM326,389.44.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Semua dadah dibungkus menggunakan plastik berwarna hijau kuning dipercayai jenama ‘Guangyiwang’ yang mencurigakan dan dipercayai bertujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Penguatkuasa Kastam Sepanggar, di sini pada Isnin.

Katanya lagi, kes kedua berlaku di KKIA pada jam 1 petang melibatkan seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun yang baru saja tiba menerusi penerbangan dari Semenanjung bersama bagasinya.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan pegawai kastam bersama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) yang menjalankan Operasi Khas Narkotik Joint Task Force 2024 mendapati bagasi tersebut mengandungi 10 bungkusan plastik hijau disyaki dadah methamphetamine dengan berat kasar 10,194 gram yang dianggarkan bernilai RM341,340.00.

“Semua dadah dibungkus menggunakan plastik berwarna hijau jenama sama dalam kes pertama juga dipercayai sebagai modus operandi untuk tujuan mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, kedua-dua suspek ditahan berkaitan dengan kes pengedaran dadah di lapangan terbang di negeri ini.

“Saya yakin mereka ini keldai dadah sebab kalau kita lihat dari segi umur masih muda, namun pihak kami kini sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan sebarang jaringan sindiket yang lebih besar dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here