KOTA MARUDU: Seorang pegawai bomba bantuan meninggal dunia pada Isnin selepas 35 jam bertarung nyawa di hospital akibat terbabit nahas jalan raya di Kampung Hitob Jalan Kota Marudu - Marak Parak dekat sini pada Ahad lalu.
Masreh Masah, 50, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam pada Isnin ketika menerima rawatan di wad unit rawatan rapi Hospital Queen Elizabeth.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin, berkata kemalangan yang berlaku kira-kira pada jam 10.30 pagi itu, membabitkan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dengan motosikal jenis Yamaha R15 yang ditunggang Masreh.