Wed, 21 May 2025
Headlines:
Guru didakwa lakukan amang seksual ke atas 4 murid lelaki
Published on: Wednesday, August 07, 2024
Published on: Wed, Aug 07, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru didakwa  lakukan amang seksual ke atas 4 murid lelaki
Mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan.
Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah berusia 44 tahun di sini, didakwa atas empat pertuduhan amang seksual fizikal terhadap empat murid lelakinya.

Guru itu dihadapkan ke hadapan tiga Hakim Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama,  guru itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Noor Hafizah Mohd Salim, melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun pada Ogos 2023 di dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah, di sini.

Mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Bagi pertuduhan kedua, dia meminta dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Amir Shah Amir Hassan, melakukan kesalahan itu terhadap seorang budak lelaki berusia lapan tahun di bilik darjah sekolah sama pada 7 Januari tahun ini.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, guru itu yang dihadapkan di hadapan Hakim Mahkahmah Seksyen Elsie Primus, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang budak lelaki berusia 11 tahun dengan mencium pipinya pukul 10 pagi , 4 Januari tahun ini, di sebuah bilik darjah sekolah sama. 

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi budak lelaki berusia 11 tahun dengan menyentuh bahagian sulitnya jam 10 pagi, 11 Januari tahun ini di sebuah bilik darjah sekolah sama.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menawarkan lelaki itu ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 serta dua orang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Semua hakim menetapkan 27 Ogos ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan bagi semua pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie Kulit manakala peguam Zahir Shah mewakili lelaki itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here