Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Jalan masuk ke Pekan Nabawan ditutup
Published on: Wednesday, August 07, 2024
Published on: Wed, Aug 07, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Jalan masuk ke Pekan Nabawan ditutup
PEGAWAI polis yang turut serta dalam pemantauan penutupan jalan itu memberi penjelasan kepada pengguna.
NABAWAN: Jalan masuk ke Pekan Nabawan melalui bulatan ditutup secara rasminya bermula 5 Ogos lalu (Isnin).

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Nabawan Ahmad Fairuz Yunus berkata, penutupan itu bagi memberi laluan pembinaan projek menaiktaraf jambatan sungai Pancuran yang lebih dikenali sungai Nabawan di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township.

Advertisement
Katanya, pemantauan penutupan jalan dilakukan bersama wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Pegawai Daerah Nabawan dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan dan Ketua Balai Polis Nabawan.

Beliau menasihatkan pengguna jalan supaya menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Kraftangan ke Pekan Nabawan.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Kita berharap penduduk peka dengan penutupan laluan masuk bulatan sehinggalah pembinaan projek menaiktaraf jambatan itu siap,” katanya ketika dihubungi selepas pemantauan itu pada Isnin.

Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata jambatan kayu di kilometer 0.20 di Sungai Nabawan berdekatan Pekan Nabawan  yang berusia lebih 60 tahun akan dinaiktaraf dengan sebuah jambatan konkrit.

Advertisement
Katanya, pembinaan jambatan konkrit bernilai RM2.7 juta dibawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dibina bermula Ogos.

Pembinaan jambatan konkrit baharu ini dijangka siap pada suku tahun pertama 2025.

Advertisement
Tinjauan Daily Express mendapati rata-rata pengguna akur dengan penutupan itu.

Mereka berkata, pembinaan jambatan baharu itu memang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk di daerah ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here