Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Gesaan sokong bangunkan ekonomi digital di Sabah
Published on: Wednesday, August 07, 2024
Published on: Wed, Aug 07, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Gesaan sokong bangunkan ekonomi digital di Sabah
Arifin berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha merealisasikan agenda kerajaan ke arah memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di seluruh negeri. 
Kota Kinabalu: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyokong kerajaan negeri mencapai visi ekonomi digitalnya, sekali gus mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Saya berharap agar program yang berunsurkan teknologi dan digital ini dapat disokong dan disertai oleh agensi-agensi kerajaan dan juga GLC kerana ini adalah usaha bersama untuk mencapai visi ekonomi digital,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Penutupan Sabah Education Tech (SET) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Ahad.

Advertisement
Menurut Arifin, teknologi telekomunikasi di Sabah perlu diberi tumpuan dan usaha membawa masuk teknologi ICT terkini perlu difokuskan dan dipertingkatkan. 

“Pengetahuan syarikat mahupun agensi kerajaan yang terlibat amat diperlukan bagi menyokong inisiatif lain seperti bandar pintar, hubungan pintar luar bandar, kampus pintar, pertanian pintar, pendidikan pintar dan bangunan pintar.  

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Kita mengharapkan agar inisiatif ini mampu menarik minat pihak pelabur dalam industri digital dan teknikal agar turut menjadi sebahagian daripada usaha menyokong transformasi ekonomi dan Pendidikan digital di negeri ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Arifin berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha merealisasikan agenda kerajaan ke arah memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di seluruh negeri. 

Advertisement
Katanya lagi, kerjasama seumpama itu penting kerana kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat secara keseluruhannya.

“Usaha itu termasuklah menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini, seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran, cemerlang dan mampu bersaing. 

Advertisement
“Semua pihak berkaitan seperti Jabatan Pendidikan, warga pendidik dan ibu bapa perlu bekerjasama demi kejayaan dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Tambah Arifin lagi, Kerajaan Negeri sudah melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah untuk menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini,

“Kerajaan negeri juga melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui satu platform. 

 “Dalam tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta untuk sektor pendidikan.

“Ini adalah inisiatif baharu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here