Sat, 29 Mar 2025
Headlines:
Pegawai bomba bantuan maut
Published on: Wednesday, August 07, 2024
Published on: Wed, Aug 07, 2024
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Pegawai bomba bantuan maut
Kemalangan yang berlaku kira-kira pada jam 10.30 pagi itu membabitkan kereta Proton Iswara Aeroback dengan motosikal jenis Yamaha R15 yang ditunggang Masreh.
KOTA MARUDU: Seorang Pegawai Bomba Bantuan meninggal dunia pada Isnin selepas 35 jam bertarung nyawa di hospital selepas terbabit nahas jalan raya di Kampung Hitob, Jalan Kota Marudu - Marak Parak, dekat sini pada Ahad lalu.

Masreh Masah, 50, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam Isnin ketika menerima rawatan di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pada jam 10.30 pagi itu membabitkan kereta Proton Iswara Aeroback dengan motosikal jenis Yamaha R15 yang ditunggang Masreh.

Menurut Simiun, siasatan awal polis mendapati, kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu bergerak dari arah Marak Parak menuju ke Pekan Kota Marudu.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, ketika melalui jalan selekoh dan menuruni bukit, motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan disyaki hilang kawalan lalu masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan kereta tersebut.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang parah pada bahagian perut mendapat rawatan awal di Wad Kecemasan Hospital Kota Marudu sebelum dihantar ke HQE I untuk rawatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Simiun berkata, pihaknya menerima panggilan dari HQE I yang memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam Isnin.

Katanya, pemandu kereta berkenaan hanya cedera ringan pada tangan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Wad Kecemasan Hospital Kota Marudu.

Advertisement
Simiun berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan akan tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here