Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

PTI datangkan kecederaan ketika menyamun dipenjara 18 tahun, sebatan
Published on: Thursday, August 08, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

PTI datangkan kecederaan ketika menyamun dipenjara 18 tahun, sebatan
Apabila mangsa memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa kerosakan keretanya, tiba-tiba pemandu kenderaan yang melanggar keretanya dari belakang secara tiba-tiba membelasah mangsa menggunakan rotan dan kemudiannya mengambil beg sandangnya yang mengandungi MyKad, lesen memandu, kad ATM, Mykid dan wang tunai RM15.
SANDAKAN: Seorang pendatang tanpa izin berusia 38 tahun dipenjara berjumlah 18 tahun dan diperintah dikenakan enam kali sebatan rotan kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita dan juga suami isteri ketika merompak mereka.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu terhadap Normin Nuri, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, Normin dipenjara sembilan tahun serta tiga kali sebatan rotan kerana menyerang Isab Baba, 51, ketika menyamunnya pukul 5 pagi, 9 Mei tahun ini di sepanjang Jalan Lintas Sibuga, di sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu apabila keretanya dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain. 

Apabila mangsa memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa kerosakan keretanya, tiba-tiba pemandu kenderaan yang melanggar keretanya dari belakang secara tiba-tiba membelasah mangsa menggunakan rotan dan kemudiannya mengambil beg sandangnya yang mengandungi MyKad, lesen memandu, kad ATM, Mykid dan wang tunai RM15.

Lelaki itu yang kemudian dikenali sebagai Normin kemudian melarikan diri dari tempat kejadian bersama beg berkenaan.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan, kemudian membuat laporan polis dan Normin ditahan pada 15 Julai tahun ini.

Atas pertuduhan kedua, dia dipenjara lagi sembilan dan diperintah dikenakan tiga kali sebatan rotan kerana merompak pasangan suami isteri jam 5.40 pagi, 2 Julai tahun ini di Jalan Lok Yen, Batu 11, di sini.

Kejadian turut berlaku ketika mangsa, Chin Fook Choi, 82, sedang memandu bersama isterinya menghala ke Beluran apabila sebuah kenderaan memotong keretanya sebanyak tiga kali menyebabkan Chin memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Ketika Chin keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan di luar apabila Normin yang juga pemandu yang memotong mereka kemudian membuka pintu penumpang dan merampas beg sandang isteri Chin dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Susulan laporan polis pasangan itu, Normin ditahan pada 30 Julai lalu.

Mahkamah memerintahkan Normin menjalani hukuman penjara itu secara serentak dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Normin dijatuhi hukuman penjara 24 bulan atas kesalahan merompak dan melupuskan barang curi.

Dia melakukan kesalahan itu jam 5.30 pagi pada 16 Jan tahun ini.

Normin diperintah dipenjara 24 bulan dengan hukuman itu dijalankan secara berturut-turut dengan hukuman Mahkamah Sesyen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here