Tue, 20 May 2025
Headlines:
Pengedar syabu dihukum penjara sepanjang hayat
Published on: Thursday, August 08, 2024
Published on: Thu, Aug 08, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pengedar syabu dihukum penjara sepanjang hayat
Jusnaidi pada 30 Sept 2021, meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara sepanjang hayat dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 53 tahun pada Rabu dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar 82.71g syabu, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Faridz Gohim Abdullah mendapati Mohd Jusnaidi Omar bersalah melakukan kesalahan itu pada 27 Nov 2019, pukul 8.30 malam, di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini.

Advertisement
Ketika menyampaikan keputusannya, Faridz berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jusnaidi pada 30 Sept 2021, meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara sepanjang hayat dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Pada 8 Feb, tahun ini Jusnaidi diperintah membela diri terhadap pertuduhan itu.

Jusnaidi ditahan reman kerana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Advertisement
Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Junaidi terlepas hukuman sebat kerana usianya yang melebihi 50 tahun.

Advertisement
Lima saksi pendakwaan memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Pihak pembelaan memanggil tiga saksi termasuk Jusnaidi, yang memberikan keterangan bersumpah dalam pembelaannya.

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes melakukan pendakwaan manakala Jusnaidi diwakili peguam Zahir Shah.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul seorang wanita, dua tahun lalu.

Ramdan Abdullah mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu ke atas wanita berusia 21 tahun itu, di sebuah pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk pengurusan kes pra perbicaraan dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 serta dua orang penjamin.

Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here