Mon, 14 Jul 2025
Headlines:
Cadangan Sapang Waterfront boleh tingkat pelancongan Kunak
Published on: Thursday, August 08, 2024
Published on: Thu, Aug 08, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Cadangan Sapang Waterfront boleh tingkat pelancongan Kunak
Pemandangan di Kg Sapang Air, Kunak
KUNAK: Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kunak, Hussin Mohd Rais, berkata cadangan Sapang Waterfront di Kg. Sapang Air, di sini, yang dikemukakan oleh pemain pelancongan dan masyarakat tempatan adalah langkah tepat kerana ia dapat membantu masyarakat mendapat limpahan ekonomi.

“Kawasan ini sangat menarik dengan keindahan cantik dan persekitarannya bersih. Tempat ini juga mempunyai potensi baik selain berhampiran dengan Semporna yang sememangnya menjadi tarikan pelancong.

Advertisement
Kita boleh membangunkan banyak fasiliti di sini terutama untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan daerah ini,” katanya ketika merasmikan Program Jom Memancing yang diadakan di pesisir pantai Kg Sapang Air, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Ocean Blue Coastal Travel and Tour Sdn Bhd dengan kerjasama Sapang Waterfront, Putera Palas Enterprise, Semporna Blissful Travel, Semporna Dreams Destination, Kunak Wonderful Travel, Kunak Fishing and Travel, dan Blue Ring Reef Travel and Tour.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here