Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Forum khas Tribunal Anti Gangguan Seksual 15 Ogos
Published on: Thursday, August 08, 2024
Published on: Thu, Aug 08, 2024
Text Size:
Text:
Forum khas Tribunal Anti Gangguan Seksual 15 Ogos
Menurut Tarsiah, kunjungan tersebut memaklumkan aktiviti-aktiviti MPWS dan potensi kolaborasi dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) untuk memperkasakan kaum wanita di Sabah.
Kota Kinabalu: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) akan menganjurkan Forum Khas Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS) pada 15 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, forum berkenaan bertujuan mewujudkan kefahaman kepada masyarakat tentang isu gangguan seksual di samping meningkatkan kesedaran undang-undang perlindungan wanita.

Advertisement
“Forum ini akan memberi penerangan berkenaan akta dan prosedur anti gangguan seksual.

“Selain golongan wanita, ada juga kaum lelaki dan pelajar universiti yang akan menyertai forum ini kerana kes-kes gangguan seksual ini bukan saja terjadi di tempat kerja, tetapi juga di kolej serta asrama.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Penyertaan kali pertama ini adalah secara jemputan tetapi jika ada ramai lagi yang berminat untuk tahu tentang TAGS, mungkin kami akan buat jerayawara selepas ini bergantung kepada bajet,” katanya selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Menurut Tarsiah, kunjungan tersebut memaklumkan aktiviti-aktiviti MPWS dan potensi kolaborasi dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) untuk memperkasakan kaum wanita di Sabah.

Advertisement
“Terdapat beberapa projek yang sedang berjalan sekarang ini, antaranya Akademi Kepimpinan Wanita di mana kami melatih wanita-wanita muda dalam empat kategori iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC), akar umbi, politik dan juga beliawanis untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

“Projek kedua adalah Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneur di mana kami sudah kumpulan ketiga,” tambahnya.

Advertisement
Bagi pihak MPWS, beliau berharap mendapat bantuan dana daripada kerajaan negeri bagi meneruskan kedua-dua projek berkenaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here