SEMBILAN buah lagu akan dipertandingkan dalam Juara Lagu Keningaufm 2024 di Dewan Masyarakat Keningau,di sini, pada 10 Ogos ini.
Pertandingan terbitan Stesen Penyiaran Keningaufm sejak tahun 2014 ini akan diadakan secara dwitahunan bermula tahun ini.
Pengarah Penyiaran Sabah Salmah Hashim berkata, antara objektif penganjuran pertandingan kali ke-7 ini ialah memberi peluang kepada lagu-lagu tempatan di daerah Pedalaman untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi selain memberi pengiktirafan kepada usaha penggiat seni khususnya dalam bidang nyanyian.
Katanya, Juara Lagu Keningaufm akan menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik hasil karya penggiat seni di kawasan Pedalaman.