Curi tudung: Lelaki dikehendaki polis diberkas
Published on: Friday, August 09, 2024
By: Lagatah Toyos
Jasmin berkata, melalui pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki tidak dikenali kelihatan mengambil beberapa helai tudung di rak gantungan hadapan kedai mangsa.
TAWAU: Seorang lelaki dikehendaki polis kerana disyaki mencuri tudung diberkas dalam serbuan sebuah rumah di Batu 2, Jalan Apas, pada Khamis pagi.
Polis Tawau pada Khamis mengeluarkan notis siaran media orang dikehendaki yang memaparkan wajah suspek dan memohon orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat lelaki itu.
ADVERTISEMENT Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan berusia 48 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau selepas menerima maklumat awam.
Menurutnya, pasukannya turut merampas pakaian yang digunakan suspek semasa melakukan jenayah curi tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan Jalan Kee Abdullah, Sabindo pada 5 Ogos lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai empat rekod kesalahan lampau iaitu dua kes berkaitan jenayah dan dua kes lagi melibatkan dadah serta merupakan orang dikehendaki polis,” katanya.
Terdahulu, katanya, polis menerima satu laporan daripada seorang usahawan kedai tudung apabila mendapati tudung yang digantung untuk dijual di dalam kedai, berkurangan dan mangsa kerugian sekitar RM600.
ADVERTISEMENT Jasmin berkata, melalui pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki tidak dikenali kelihatan mengambil beberapa helai tudung di rak gantungan hadapan kedai mangsa.
“Lelaki itu dirakam melakukan perbuatannya sebanyak dua kali dan terus beredar,” katanya lagi.
ADVERTISEMENT
Kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, termasuk usaha mendapatkan semula barangan yang dicuri suspek terlibat.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.