Tue, 16 Dec 2025
Headlines:
Angie sertai ekstravaganza Muay Thai sampingan di Olimpik Paris
Published on: Friday, August 09, 2024
Published on: Fri, Aug 09, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Angie sertai ekstravaganza Muay Thai sampingan di Olimpik Paris
ANGIE (kiri) bergambar bersama juara dewasa dunia dua kali Thanawan Thongduang dari Thailand.
Kota Kinabalu: Juara Dunia Angie Yan Jia Chi berbangga dipilih sebagai salah seorang peserta ekstravaganza Muay Thai selama lima hari, sebuah acara sampingan yang diadakan di Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Warga Sabah berusia 19 tahun itu adalah seorang daripada hanya dua, selain Rifdean Masdor, yang dipilih mewakili Malaysia dalam acara yang disertai lebih 1,000 petinju Muay Thai dari 24 negara di lima benua.

Advertisement
“Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana dipilih untuk menyertai program sampingan Olimpik 2024 pertunjukkan muaythai. 

“Peluang luar biasa ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi yang telah membawa saya ke saat ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Saya perlu merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Muhammaad Shahnaz Azmi dan Persatuan Muaythai Malaysia kerana mengiktiraf usaha saya dan memberikan saya peluang mewakili malaysia untuk mempamerkan bakat saya di pentas berprestij ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, yang sokongan dan dorongan tidak berbelah bahagi telah menjadi tulang belakang perjalanan saya dan juga kepada Ir Hj Nazri Ab Razak, presiden Muaythai Sabah atas bimbingan dan kepercayaan yang telah membantu saya mencapai pencapaian ini.

Advertisement
“Pengalaman ini bukan sahaja pencapaian peribadi, tetapi juga peluang untuk memberi inspirasi dan berhubung dengan orang dari seluruh dunia. Saya sangat teruja untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sekali seumur hidup ini,” katanya pada Selasa.

Angie ialah juara dunia semasa dalam disiplin wai kru yang dimenangi pada Kejohanan Dunia di Greece pada Jun dan juga pemenang pingat emas Sukan Pertempuran Dunia di Arab Saudi tahun lalu serta memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun dua kali.

Advertisement
Sementara itu, Nazri berbangga dengan pencapaian Angie dan berkata dua kuota yang diberikan kepada Malaysia adalah berdasarkan merit yang diluluskan badan dunia itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here