Thu, 17 Jul 2025
Headlines:
Sandakan juara keseluruhan tenis MSSS
Published on: Saturday, August 10, 2024
Published on: Sat, Aug 10, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sandakan juara keseluruhan tenis MSSS
PASUKAN MSS Sandakan.
SANDAKAN: Pasukan Sandakan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan tenis MSSS (Majlis Sukan Sekolah Sabah) yang berakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat.

Mereka merangkul empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa untuk mengungguli pungutan pingat dalam pertandingan empat hari anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Penampang itu.

Advertisement
Pemenang pingat emas ialah Braylen Odell Johannes (lelaki bawah 18 tahun), Shawn Alfie Silvester (lelaki bawah 15 tahun), Scharllotte Avryll Silvester (perempuan bawah 15 tahun) dan Bradley Oscar Johannes (lelaki bawah 12 tahun).

Dua perak dimenangi oleh Stevie Alfie Silvester (lelaki bawah 18 tahun) dan Sandra Allysa Silvester (perempuan bawah 12 tahun) manakala gangsa disumbangkan oleh Sharvinesswaran Uigneswaran dan Jonathan Josua (lelaki bawah 18 tahun), Mohd Faziezan Azief Rohjan (lelaki bawah 12 tahun).

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Pegawai Teknikal Tenis Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Amir Bukhari Mohd Razali yang mengetuai pasukan itu berpuas hati dengan kemenangan dan berbangga dengan pencapaian atlet.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here