KENINGAU: Sebanyak 16 rumah setinggan, membabitkan 145 penghuni, dirobohkan dalam Operasi Perobohan Rumah Koloni Setinggan di Tanah Kerajaan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata, operasi itu dijalankan selama dua hari bermula Khamis.
Beliau berkata operasi dijalankan secara bersepadu membabitkan 72 pegawai dan kakitangan tujuh agensi termasuk Polis, Majlis Daerah Keningau, Jabatan Imigresen (JIM), SESB, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Tanah Dan Ukur, Pejabat Pemungut Hasil Tanah dan Jabatan Veterinar.
Advertisement