Kota Kinabalu: Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024, di sini, dilaksanakan buat kali pertama di negara ini sebagai platform perbincangan serta bertukar pandangan berkenaan prosedur terbaik dalam pengurusan DUN masing-masing.
Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah berkata persidangan yang dilaksanakan bermula Khamis sehingga hari ini (Sabtu) berkata ia merupakan susulan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2022.
Katanya, semua Speaker Parlimen dan DUN telah memohon kepada setiausaha untuk meneliti amalan terbaik yang dapat diterapkan di Parlimen dan DUN masing-masing.
Advertisement