Tue, 8 Jul 2025
Headlines:
Ancaman buaya di Sg Kesapang cetus kebimbangan warga Kota Belud
Published on: Saturday, August 10, 2024
Published on: Sat, Aug 10, 2024
By: Mabulmaddin Shaiddin
Text Size:
Text:
Ancaman buaya di Sg Kesapang cetus kebimbangan warga Kota Belud
Ketua Kampung Kg Kesapang, Madlin Awang (kiri) dan seorang penduduk kampung Mahadir Nalin.
KOTA BELUD: Kehadiran buaya di Sungai Kesapang meresahkan penduduk sekitar, lebih-lebih lagi apabila reptilia itu dilaporkan mulai naik ke tebing untuk memburu ternakan dan haiwan peliharaan penduduk.

Ketua Kampung Kg Kesapang, Madlin Awang berkata, baru-baru ini tular suatu video rakaman penduduk mengenai buaya di sungai tersebut, yang bergerak menyisir tebing seolah-olah mahu menunjukkan keberadaannya.

Advertisement
Atas rasa tanggungjawabnya, Madlin bertindak cepat melaporkan kejadian itu kepada Perhilitan, sebelum agensi itu segera membuat rondaan di lokasi di mana buaya itu dilihat serta kawasan terdekat.

“Mereka memberi jaminan akan terus memantau keadaan di sini, dan tiga hari lalu mereka (Perhilitan) berjaya menangkap reptilia itu yang dilaporkan mengejar anjing sehingga ke sawah penduduk kampung. 

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Mereka menangkap buaya itu yang bersembunyi di kawasan paya berdekatan. Bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan buaya memang banyak di kawasan ini,” ujar Madlin.

Menurutnya, kegigihan buaya tersebut memburu mangsa di darat turut mengundang risiko kepada penduduk yang menggunakan jalan kampung, yang kebetulan dibina berdekatan tebing sungai.

Advertisement
Madlin menambah, sejak penampakan buaya itu, penduduk kampung yang kebanyakannya nelayan darat tidak berani turun ke sungai untuk menangkap ikan dan udang.

“Namun sebahagian penduduk yang bergantung penuh kepada jualan ikan darat terpaksa juga beradu nasib dengan takdir, kerana mereka tiada pilihan lain selain turun ke sungai,” jelasnya.

Advertisement
Namun begitu, Madlin mengingatkan penduduk Kesapang, Batu 5 dan Batu 6 serta pengguna sungai agar sentiasa berhati-hati ketika melaksanakan aktiviti seharian di sungai tersebut.

Katanya, pihaknya akan memasang papan amaran buaya di tepi sungai agar semua pihak berwaspada terhadap kewujudan reptilia tersebut.

Seorang penduduk, Mahadir Nalin menggesa pihak berkuasa memikirkan alternatif sesuai seperti membuat pemagaran sungai bagi mencegah kejadian buruk berlaku.

“Pelajar SK Kesapang dan SMK Taun Gusi sering menggunakan laluan di tebing sungai ini. Kita khuatir keselamatan pelajar akan terjejas,” jelasnya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here