Fri, 16 May 2025
Headlines:
Sabah FC kembali ke landasan kemenangan
Published on: Sunday, August 11, 2024
Published on: Sun, Aug 11, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC kembali ke landasan kemenangan
DANIEL (berbaju biru) melonjak melepasi penjaga gol Sri Pahang untuk menanduk masuk gol ketiga Sabah FC.
Kota Kinabalu: Sabah FC kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Sri Pahang FC 3-2 di tempat lawan di Stadium Temerloh pada Jumaat.

Walaupun ketinggalan seawal minit ketujuh  selepas Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan, Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jafri Chew pada minit ke-20 hasil hantaran Darren Lok.

Advertisement
Enam minit berselang mereka mendahului menerusi jaringan Mohd Farhan Roslan sebelum Daniel Ting melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol ketiga hasil sepakan sudut pada minit ke-35.

Bagaimanapun, sebarang peluang untuk menang selesa musnah apabila Kpah Sherman menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu tiga minit selepas babak kedua bermula.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Di sebalik tekanan hebat pada baki separuh masa kedua, Sabah FC mampu bertahan dengan teguh untuk pulang dengan tiga mata.

Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memuji pertahanannya tetapi mengakui mereka juga bertuah kerana mengutip tiga mata selepas perlawanan.

Advertisement
“Berdasarkan keputusan itu, ia adalah perlawanan yang sangat baik dan positif untuk Sabah FC selepas tewas perlawanan terakhir kepada KL City FC.

“Bagaimanapun, kami berada di bawah tekanan pada separuh masa kedua selepas Sri Pahang menjaringkan gol agak awal.

Advertisement
“Ini memberi tekanan kepada semua pemain, tetapi pujian kepada benteng pertahanan dan kami juga bernasib baik hari ini Sri Pahang gagal menterjemahkan peluang mereka,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa membuat sedikit perubahan berikutan ketiadaan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan.

“Kami mengalami banyak masalah kecederaan dalam pasukan seperti di bahagian pertahanan di mana Gabriel Peres tidak dapat bermain manakala Rawilson Batuil digantung.

“Akibatnya, saya terpaksa membuat beberapa penyesuaian di bahagian tersebut dan juga di bahagian tengah.”

Sementara itu, kemenangan itu turut meletakkan Sabah kembali ke tangga ketiga dengan 13 mata selepas tujuh perlawanan, sama dengan Selangor FC di tempat kedua yang mempunyai perbezaan jaringan lebih baik.

Perlawanan seterusnya menentang Selangor FC di Stadium Likas pada 13 Ogos.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here