Kota Kinabalu: Polis Kota Kinabalu merancang untuk menubuhkan “Industry Community Security Safety” bagi mengurangkan kadar jenayah, terutama kes curi kabel di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, perbincangan dengan syarikat perkilangan akan dilakukan untuk mengadakan kolaborasi bagi tujuan tersebut.
Menurut Kasim, banyak tangkapan dilakukan berkaitan kes curi kabel hasil kolaborasi dengan syarikat telekomunikasi dan pihak di kawasan KKIP.
“Jadi saya mencadangkan di kawasan KKIP ini kita adakan kolaborasi dengan kilang-kilang di mana kita akan kumpulkan mereka untuk buat perbincangan bagi menubuhkan Industry Community Security Safety.