Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Sistem parkir Kota Kinabalu digital mulai 16 Okt: Mayor
Published on: Sunday, August 11, 2024
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:

Sistem parkir Kota Kinabalu digital mulai 16 Okt: Mayor
Mayor Datuk Dr Sabin Samitah berkata aplikasi yang dibangunkan oleh DBKK Holdings Sdn Bhd itu direka bentuk untuk lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melancarkan aplikasi Sabah Smart Parking bagi menggantikan sistem berasaskan kupon sekarang bermula 16 Okt.

Mayor Datuk Dr Sabin Samitah berkata aplikasi yang dibangunkan oleh DBKK Holdings Sdn Bhd itu direka bentuk untuk lebih mudah dan menjimatkan masa.

Ia diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan untuk meningkatkan pengurusan perkhidmatan dalam bandar, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan budaya digital.

“Matlamat utama adalah untuk memberikan kemudahan kepada pengguna dengan menghapuskan keperluan untuk menggores kupon secara manual.

“Pengguna tidak lagi perlu kembali ke kereta mereka untuk melanjutkan masa parkir mereka, kerana aplikasi itu akan mengingatkan mereka 10-15 minit sebelum masa meletak kenderaan mereka tamat, membolehkan mereka melanjutkan masa parkir mereka melalui aplikasi.

“Sekiranya pengguna gagal melanjutkan masa parkir mereka, sistem akan memaklumkan mereka denda akan dikenakan. Sistem ini akan memantau pelanggaran masa parkir dengan memeriksa plat kenderaan,” kata Sabin.

Beliau berkata “Sabah Smart Parking” dipilih dan bukannya “Kota Kinabalu Smart Parking” untuk mencerminkan status Kota Kinabalu sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran.

“Aplikasi telefon mudah alih ini boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat di Kota Kinabalu,” katanya selepas majlis prapelancaran itu, Jumaat.

DBKK Holdings menjalankan proses pemilihan ketat dalam memilih penyedia perkhidmatan untuk membangunkan sistem ini, memfokuskan pada memaksimumkan pulangan untuk DBKK Holdings.

Beliau berkata pelaksanaan sistem parkir digital ini dijangka dapat mengurangkan kos operasi sehingga 30 peratus dan meningkatkan pendapatan sehingga 20 peratus berbanding sistem manual sebelum ini.

“Walaupun kos operasi sistem parkir digital di Sabah lebih rendah berbanding beberapa sistem di Semenanjung Malaysia, DBKK memilih penyedia perkhidmatan yang menawarkan hasil terbaik dengan kos lebih cekap.

Sabin berkata, kupon parkir lama masih boleh digunakan sehingga habis, atau pengguna boleh menukarnya di pusat maklumat DBKK untuk ditukar kepada kredit dalam sistem baharu itu.

“Pada masa ini, terdapat 27 pusat maklumat di seluruh bandaraya yang bersedia memberi maklumat kepada pengguna mengenai sistem parkir digital ini.

Sabin berkata DBKK terbuka kepada kemungkinan memperluaskan penggunaan aplikasi Sabah Smart Parking kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Sabah, Semenanjung Malaysia dan Sarawak jika mereka berminat dengan perkhidmatan ini.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here