Sun, 15 Sep 2024

HEADLINES :



Acara jazz bantu perlindungan, pemuliharaan penyu di Libaran
Published on: Sunday, August 11, 2024
Text Size:

Acara jazz bantu perlindungan, pemuliharaan penyu di Libaran
LIEW (ketiga, kiri) dengan Malangking (kiri), Yee (ketiga, kanan) dan lain-lain. Krischelle membawa trompetnya (kedua, kiri).
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji Foster (Friends of Sea Turtles Education and Research) atas penganjuran Sepilok Jazz 2024 (Edisi ke-3) yang bakal diadakan pada 6 dan 7 September di Sandakan, untuk membantu kerja perlindungan dan pemuliharaan penyu oleh pertubuhan itu di pulau Libaran (luar pantai Sandakan).

Beliau menggesa komuniti Sandakan dan pengunjung untuk menyokong usaha murni Foster dalam mengekalkan kelestarian pemuliharaan penyu dengan menyertai festival muzik tersebut, sambil menyatakan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu melepaskan kira-kira 45,000 anak penyu dari Taman Pemuliharaan Walai Penyu yang memenangi anugerah setakat ini.

Taman Pemuliharaan Walai Penyu ialah insiatif Foster, dimulakan pada November 2011 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD).

“Dengan tempat lebih luas kali ini (Rainforest Discovery Centre), ditambah dengan publisiti meluas untuk Sepilok Jazz, saya yakin acara ini akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.”

“Kementerian saya menyokong sepenuhnya Sepilok Jazz Edisi ke-3, dan saya menerima jemputan penganjur untuk menyerikan acara bermakna ini,” kata Liew dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Untuk membantu mempromosikan acara tersebut, MASwings, salah satu penaja, membawa risalah promosi dalam kesemua sembilan pesawat mereka di Sabah.

Pengerusi Foster, Alexander Yee, menyampaikan jemputan kepada menteri semasa kunjungan hormat pada Khamis.

Yee dan Pengarah Muzik Cheong Kok Ann menerangkan kepada Liew mengenai matlamat dan program untuk acara dua hari tersebut, dijalankan dengan kerjasama Sepilok Jazz Academy. Akademi ini, berfungsi sebagai platform untuk pemuzik baru, juga menawarkan pertandingan dan bengkel untuk pemuzik tempatan dan antarabangsa.

“Kami menjangkakan lebih 1,000 penonton dari jauh dan dekat. Melalui acara jazz ini, kami ingin mendidik orang ramai, terutama generasi muda, mengenai kepentingan pemuliharaan penyu marin,” kata mereka, sambil menambah semua hasil kutipan akan digunakan untuk membiayai operasi Foster.

Semasa kunjungan hormat, pemain trompet, Krischelle Jade Cheong (anak bongsu Cheong), murid Tahun Empat di Sekolah Anglo-Chinese, Penampang, memainkan lagu “Oh When the Saints Go Marching In” untuk menteri.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap I kementerian, Mary Malangking dan Pauline Chin mewakili Borneo Excursions, ejen pelancongan rasmi kepada Sepilok Jazz Edisi Ke-3. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here