Fri, 16 May 2025
Headlines:
Walai Alap perkasa aktiviti Puspanita Tuaran
Published on: Sunday, August 11, 2024
Published on: Sun, Aug 11, 2024
Text Size:
Text:
Walai Alap perkasa aktiviti Puspanita Tuaran
JULIAH (kedua dari kanan) menandatangani plat perasmian Walai Alap.
Tuaran: Walai Alap menjadi pusat operasi yang akan memperkasa aktiviti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Cawangan Daerah Tuaran.

Menurut Pengerusi Puspanita Cawangan Dearah Tuaran, Beverly Lee, rumah tersebut akan mempermudahkan pelaksanaan aktiviti khususnya yang berkaitan dengan golongan hawa.

Advertisement
“Banyak perancangan aktiviti terutamanya aktiviti berkaitan kewanitaan seperti bengkel keterampilan dan juga bengkel yang boleh menjana pendapatan untuk golongan wanita.

“Selain itu, kami juga ada peranan untuk menjaga kebajikan serta memberi khidmat kaunseling kepada wanita-wanita yang memerlukan.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Oleh itu, dengan adanya rumah ini, kami mempunyai tempat dan lebih mudah untuk kami laksanakan semua aktiviti yang telah kami rancang,” ujarnya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Walai Alap Puspanita Cawangan Daerah Tuaran di Pejabat Daerah di sini, pada Khamis.

Perasmiannya disempurnakan oleh Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Penaung Puspanita Negeri Sabah.

Advertisement
Sementara itu, Beverly memaklumkan dari segi kebajikan, Puspanita turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“ Puspanita juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan contohnya mangsa bencana banjir baru-baru ini selain untuk anak-anak yatim dan keluarga daif.

Advertisement
“Selain beri sumbangan, kami juga memberikan bantuan dari segi sokongan moral,” tambahnya.

Hadir sama, Pengerusi Puspanita Negeri Sabah, Datin Seri Dr Nuinda Alias, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee yang juga Penasihat Puspanita Cawangan Daerah Tuaran dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Norlijah Danin.

Walai Alap merupakan istilah gabungan etnik Dusun dan Bajau yang bermaksud rumah yang baik serta bermanfaat, dan ia  mula beroperasi sejak Januari tahun ini.

 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here