Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
20 universiti awam seluruh negara sertai Sukum ke-45
Published on: Monday, August 12, 2024
Published on: Mon, Aug 12, 2024
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
20 universiti awam seluruh negara sertai Sukum ke-45
MOHD Arifin ketika menghadiri Majlis Perasmian Sukum Ke-45 di Stadium UMS pada Sabtu.
Kota Kinabalu: Seramai 2,303 atlet membabitkan 20 kontinjen universiti awam seluruh negara berentap dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (Sukum) kali ke-45. 

Berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula 8 sehingga 16 Ogos ini, sebanyak 23 acara sukan bakal dipertandingkan yang menawarkan 139 pingat emas.

Advertisement
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penganjuran Sukum dilihat mampu menyatu dan menjulang semangat sama ada dalam kalangan warga staf semua universiti awam seluruh negara yang terlibat. 

“Selain menyediakan medan untuk bertanding, sukan juga membolehkan staf yang mengambil bahagian bertukar idea serta mampu meningkatkan gaya hidup sihat.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Malahan melalui sukan juga semangat perpaduan warga staf universiti terutamanya dalam membangunkan mutu sukan dan pendidikan peringkat universiti dapat dipupuk. 

“Saya yakin dan percaya, Sukum mampu memartabatkan sukan seiring pendidikan di negara ini. 

Advertisement
Penglibatan para pegawai dan atlet dalam kontinjen masing-masing dalam Sukum ke-45 ini amat membantu dalam pembangunan sukan negara melalui pembangunan prasarana, fasiliti sukan dan persediaan atlet,” katanya. 

Mohd Arifin berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sukum Ke-45 di Stadium UMS, malam Sabtu. 

Advertisement
Turut hadir Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor. 

Sementara itu, Kasim pada ucapannya menyatakan bidang sukan di negara ini boleh dianggap sebagai sebuah industri yang bukan sahaja mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi, tetapi berupaya meningkatkan ilmu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here