Advertisement
SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Advertisement
Advertisement
KONTENA itu sedang dalam perjalanan ke depot DBKK.
“45 ekor kutu sampah dikompaun di sekitar Sinsuran, jumlah pesalah terbanyak pada bulan itu. “Seramai 31 lagi pesalah dikenakan tindakan di kawasan Kg Air, diikuti tiga di sekitar Centre Point.” Bagi kawasan di luar had Bandaraya, jurucakap itu berkata pasukan JPSP pergi ke Lido dan Plaza Damai, serta rumah kedai di Likas dan kawasan Kionsom di Inanam. “Lido dan Likas masing-masing mempunyai pesalah.”PEROKOK ini, yang membuang puntung rokok sembarangan di Jalan Tugu, dikompaun oleh petugas DBKK.
Dia berkata dua pemilik di hartanah komersial di Kionsom dikompaun kerana melonggokkan barang-barang tidak diingininya di kawasan umum di belakang premisnya. Jurucakap itu berkata RM580 terkumpul semasa Ops Bersih pada Jun, RM880 pada Mei dan RM1,040 pada April. “28 perokok dikompaun pada Jun, 59 pada Mei dan 66 pada April.” Kompaun sehingga RM500 boleh dikenakan terhadap sesiapa yang didapati melanggar Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) DBKK 1984 (Pindaan 2005), menurutnya. Dia berkata mereka yang berkali-kali tidak mengendahkan gesaan agensi itu untuk tidak membuang sampah di kawasan umum boleh dikenakan tindakan undang-undang.PEMERIKSA JPSP mengeluarkan kompaun kepada individu ini di Jalan Kg Air 2.
“Mereka boleh didenda sehingga RM10,000, jika didapati bersalah di mahkamah.” Mengenai kontena di Taman Tanah Emas, jurucakap itu berkata seorang kontraktor swasta, dengan lori kren, diupah untuk membantu kakitangan agensi itu memindahkan struktur itu ke depot agensi. “Terdapat sedikit kebimbangan mengenai integriti struktur kontena,” katanya. “Kami tidak mahu struktur itu tiba-tiba terbongkar semasa ia dialihkan kerana ia begitu lama tidak digerakkan.” Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan DBKK berkata pemilik kontena perlu menjelaskan kompaun, serta kos yang ditanggung DBKK untuk pemindahan tersebut, untuk menuntut semula struktur itu.SERAMAI 31 perokok ingkar, seperti individu ini, ditahan di kawasan Kg Air pada Julai.
Notis mengenai perkara ini dilekatkan pada badan kontena itu pada 16 Julai, menurutnya. Dia berkata semakan rekod agensi itu menunjukkan bahawa ini adalah kali kedua pegawai Penguatkuasanya melakukan ini. “Pemilik mula-mula diberi notis untuk memindahkan kontenanya pada 24 Ogos tahun lalu. “Kami tidak mempunyai pilihan selain merampas struktur ini kerana kedua-dua notis kami tidak diendahkan.”