Tue, 20 May 2025
Headlines:
RM10,000 untuk tagal komuniti
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Published on: Tue, Aug 13, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
RM10,000 untuk tagal komuniti
GHANI (tengah) bersama penduduk Kampung Sosogoh.
NABAWAN: Adun Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin memberi sumbangan RM10,000 untuk Tagal Komuniti Kampung Sosogoh Pagalungan.

Beliau mengumumkan sumbangan itu semasa meninjau Tagal Komuniti Kampung itu yang sedang dibangunkan pada Jumaat lepas.

Advertisement
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu proses pembangunan Komuniti Tagal Kampung Sosogoh yang berkonsepkan pusat peranginan dan pelancongan.

Katanya, Tagal Komuniti Kampung ini mempunyai potensi besar untuk menarik pengunjung kerana ia terletak di laluan antara Daerah Kecil Pagalungan ke daerah lain di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Tambahan lagi, apabila laluan antara Daerah Kecil Pagalungan ke ibu kota Indonesia di Nusantara, Kalimantan siap kelak, sudah tentu ia menjadi tumpuan dan persinggahan,” katanya.

Beliau berkata, selain menjadi tarikan pengunjung dari luar, tagal tersebut juga boleh menjana sumber pendapatan penduduk jika ia berjaya kelak.

Advertisement
Ini, katanya, kerana penduduk boleh menjalankan kegiatan perniagaan, termasuk memasarkan produk tempatan seperti kraftangan dan sebagainya.

Tagal Komuniti Kampung Sosogoh akan dimajukan melalui Program Rintis Pintar Projek Tagal di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah.

Advertisement
Program Rintis Pintar Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup pada 17 Ogos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here