Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Warga Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat digesa jauhi amalan rasuah
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Published on: Tue, Aug 13, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Warga Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat digesa jauhi amalan rasuah
Menurut Flovia, pemilihan tema “Kesederhanaan Teras Integriti” ini selaras dengan pendekatan kementerian untuk memastikan pelaksanaan program dan majlis serta perbelanjaan dilaksanakan secara sederhana, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan. 
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) komited untuk memperbaharui tadbir urus dan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dan telus.

Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng berkata antara inisiatif di peringkat Kementerian ialah penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPMKR.

Advertisement
Pelan tersebut, katanya, akan dikemaskini pada penghujung tahun ini agar sentiasa selari dengan hala tuju Kementerian.

“Pada peringkat jabatan, JPKA dan Jhewa juga menyediakan OACP masing-masing. Tahniah kepada Kementerian, JPKA dan Jhewa atas inisiatif murni dan komitmen tinggi untuk menyediakan OACP masing-masing.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Saya berharap semua warga KPMKR dan jabatan serta agensi di bawahnya sentiasa mendukung amalan bebas rasuah dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan projek pembangunan.

“Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan dengan sepenuh hati dan mengenepikan kepentingan peribadi. Budaya kerja cemerlang, sederhana dan berintegriti akan menjadi asas untuk meningkatkan imej dan produktiviti Kementerian,” kata Adun Tulid itu ketika merasmikan Minggu Integriti KPMKR yang diadakan di Ruang Legar, Tingkat Bawah Wisma Tun Fuad Stephens pada Isnin.

Advertisement
Antara objektifnya adalah untuk memupuk dan memperkukuh nilai integriti di kalangan semua warga KPMKR, Jabatan dan Agensi di bawah KPMKR.

Menurut Flovia, pemilihan tema “Kesederhanaan Teras Integriti” ini selaras dengan pendekatan kementerian untuk memastikan pelaksanaan program dan majlis serta perbelanjaan dilaksanakan secara sederhana, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan. 

Advertisement
Pendekatan ini, katanya, secara tidak langsung akan menerapkan pembudayaan integriti dan menjadikan anggota kementerian lebih telus dan jujur dalam melaksanakan tugas.

“Beberapa program telah dirancang sepanjang Minggu Integriti ini seperti ceramah integriti, program Tanggungjawab Sosial Integriti (ISR), pertandingan koir dan sebagainya. 

“Ini dilakukan dengan objektif untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada warga kementerian dan jabatan serta agensi kementerian tentang kepentingan integriti penjawat awam.

“Saya amat berharap semua kakitangan akan komited dengan program sepanjang Minggu Integriti ini,” katanya.

Flovia juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada SPRM Sabah dan Bigons sentiasa menyokong usaha mencegah rasuah dalam KPMKR.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here