SANDAKAN: Kira-kira 107 anggota Tentera Australia merasai sendiri laluan Kawat Maut dari Sandakan ke Ranau, baru-baru ini.
Komander Kontinjen, Rifle Company Butterworth (RCB) 144, Mejar Jamie Frisby berkata, mereka berbesar hati dan sangat bertuah kerana dapat mengalami dan memahami apa yang berlaku semasa Kawat Maut.
Pada peringkat akhir Perang Dunia Kedua pada 1945, kira-kira 2,000 anggota tentera Australia dan British terpaksa berkawat melalui hutan dari Sandakan ke Ranau.
Hanya enam terselamat.
Selebihnya mati akibat kebuluran dan penyakit atau dibunuh sepanjang laluan itu.
Ia kali pertama mereka menyertai jelajah itu selepas mereka menamatkan Latihan Bersama di Kota Belud.