Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
40 peratus: Negeri lain tidak harus berkecil hati
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Published on: Tue, Aug 13, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
40 peratus: Negeri lain tidak harus berkecil hati
Shafie yakin negeri lain akan memahami kedudukan Sabah jika mereka benar-benar memahami konteks perlembagaan tersebut.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata negeri lain tidak harus berkecil hati dengan tuntutan Sabah kepada 40 peratus hasil yang diperoleh Persekutuan daripada negeri ini kerana ia adalah hak perlembagaan khusus kepada Sabah.

“Kita tidak mahu menuntut yang bukan hak kita, kami hanya meminta apa termaktub dalam Perlembagaan,” katanya semasa Jelajah Presiden Warisan di Sepanggar, Ahad lepas.

Advertisement
Beliau yakin negeri lain akan memahami kedudukan Sabah jika mereka benar-benar memahami konteks perlembagaan tersebut.

“Bukan kita mahu lebih daripada negeri lain, tidak. Kita tidak mahu menuntut yang bukan hak kita, ini sebenarnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan.”

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Bekas Ketua Menteri itu menggesa penjelasan mengenai peruntukan RM16 bilion kepada Sabah baru-baru ini dan kaitannya dengan tuntuan 40 peratus hasil.

Katanya, kerajaan negeri harus menjelaskan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya wujud kekeliruan mengenai tuntutan 40 peratus hasil dan peruntukan RM16 bilion.

Advertisement
“Jeffrey (Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan) ada di situ, dia sebagai Timbalan Ketua Menteri suarakan tentang perkara itu kerana mereka tahu. Di Kabinet, saya tidak tahu jika dibangkitkan atau tidak. Saya pun tidak tahu RM16 bilion itu untuk apa, tetapi,40 peratus hasil itu belum, itu lain.

“Saya yakin perkara ini perlu dijelaskan oleh kerajaan negeri, jangan hanya mendengar tapi jelaskan kepada Perdana Menteri. Kalau sekiranya keadaan itu tidak selari, mereka tegurlah sebaik mungkin dan nasihatkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Advertisement
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, mungkin ada antara taklimat yang disalah tafsir tentang keadaan yang berlaku kerana Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan berlainan daripada 40 peratus hasil.

“Senarai Persekutuan iaitu keselamatan, pendidikan dan kesihatan, berada di bawah tanggungjawab Persekutuan, jadi bayaran gaji itu lain.. suka tidak suka, ini lain. Tuntutan 40 peratus merupakan Perlembagaan dan satu-satunya negeri yang boleh menuntut adalah Sabah…Sarawak tiada.”

“Malah, kalau baca Perkara 112D Perlembagaan, ia cukup jelas menyatakan dua per lima hasil diperoleh daripada Sabah perlu dikembalikan kepada Sabah. Itu perjanjian dalam pembentukan Malaysia,” katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar isu peruntukan RM16 bilion kepada Sabah tidak dipolitikkan.

Malah, katanya, Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan.

Beliau berkata, peruntukan RM16 bilion yang diumumkan untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas adalah peruntukan keseluruhan untuk Sabah bagi tahun ini, namun ia tidak melibatkan beberapa perkara lain.

“Peruntukan pengurusan, pembangunan seluruhnya RM16 bilion saya dah baca (dan) teliti... jangan politikkan perkara itu, kalau nak lagi, bincang secara elok,” katanya.

Semasa Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah baru-baru ini, Anwar menjelaskan peruntukan RM16 bilion itu adalah perbelanjaan keseluruhan untuk Sabah dan ia termasuk perbelanjaan pengurusan untuk bayaran gaji penjawat awam Persekutuan di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here