Fri, 25 Apr 2025
Headlines:
Tiada hasrat keluar Kerajaan Perpaduan, kata Shafie
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Published on: Tue, Aug 13, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Tiada hasrat keluar Kerajaan Perpaduan, kata Shafie
Shafie (kiri) berkata lanjut, dia (Jo-Anna) (kanan) boleh memilih sama ada untuk percaya kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor boleh menyelesaikan masalah rakyat selama empat tahun ini. 
Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan parti itu berhasrat keluar daripada kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, Warisan masih lagi dalam Kerajaan Persekutuan yang memerintah hari ini.

Advertisement
“Tidak ada (hasrat keluar). Gambar saya dengan Tun Mahathir itu cerita dahulu. Itu masa dahulu semasa saya dicadangkan menjadi calon Perdana Menteri, bersama Anwar dan Muhyiddin.

Selepas itu, saya menarik diri dan menyatakan saya menyokong Anwar.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Kita masih dalam kerajaan yang ada hari ini. Terserah dengan mereka kalau nak pecat kita. Tak jadi masalah dengan saya,” katanya semasa berucap pada Jelajah Presiden Warisan di Sepanggar pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengenai dakwaan Warisan berhasrat keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Advertisement
Mengenai kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Mohd Shafie berkata, Warisan belum memutuskan rakan kerjasama.

“Di peringkat negeri, Warisan adalah pembangkang, namun di peringkat pusat kita sokong Pakatan Harapan (PH). 

Advertisement
“Di peringkat negeri kita tidak sokong PH. Cukup jelas, kita bukan ada kerjasama dengan Umno pun.

“Kita tengok keadaannya. Umno juga pembangkang tetapi sebahagian sahaja, ada juga Umno dalam kerajaan, sebahagian besar pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Semporna itu mengesahkan Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas telah keluar parti.

Mohd Shafie berkata, Jo-Anna berhak untuk keluar. Tiada paksaan untuk dia terus kekal dalam parti kerana dalam perjuangan perlu ada keredaan.

Namun, beliau enggan mendedahkan punca sebenar Jo-Anna keluar daripada Warisan.

“Saya tidak mahu sebut, tidak elok untuk disebut. Namun itu hak dia, kita (Warisan) bagi dia menjadi calon beberapa kali, terpulang kepada dia. Siapa pun dia nak sokong, apa yang penting adalah rakyat.

“Kalau dia keluar, dia bukan lagi ahli Warisan. Parti ini tidak bergantung kepada mana-mana individu, kita bergantung kepada rakyat untuk memastikan kekuatan yang ada.

“Mereka ada hak untuk keluar jadi terserahlah. Kita tidak ada paksaan, yang penting ada keredaan,” katanya.

Pada 31 Julai lalu, Jo-Anna menerusi laman Facebook menyatakan dia telah melepaskan semua jawatannya dalam politik sejak Disember tahun lalu.

Dia kini memberi fokus kepada pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaysia Sarawak.

Shafie berkata lanjut, dia (Jo-Anna) boleh memilih sama ada untuk percaya kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor boleh menyelesaikan masalah rakyat selama empat tahun ini. 

“Mungkin dia tertarik dengan kepimpinan atau kegagalan kerajaan hari ini untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Biarpun ada pemimpin yang keluar parti, namun lebih ramai ahli baharu yang menyertai parti. Lebih ramai lagi yang akan menyertai Warisan sama ada di Sandakan, Kudat mahupun Tawau,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here