Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Persiapan sambutan Hari Malaysia di Sabah berjalan lancar: Fahmi
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Text Size:

Persiapan sambutan Hari Malaysia di Sabah berjalan lancar: Fahmi
FAHMI (kedua, kiri) menunjukkan kain batik untuk pakaian rasmi bagi sambutan Hari Malaysia, diiringi oleh (dari kiri) Mohamad Fauzi, Liew and Lai.
Kota Kinabalu: Persiapan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 Sept ini di Padang Merdeka di sini berjalan dengan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Sabah akan menjadi tuan rumah acara itu yang akan bermula pada 8 malam, yang akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan kebudayaan, lagu-lagu tradisi dan kontemporari selain pameran bagi mengimbau sejarah pembentukan Malaysia serta aspek-aspek penting berkaitan negara.

“Ada beberapa perkara bersifat protokol yang memang akan kita saksikan setiap hari sambutan (16 Sept), tetapi pada masa yang sama ada tambahan (persembahan) kebiasaannya dari segi persembahan kebudayaan.

“Itu yang akan menjadi kelainan dari satu sambutan ke satu sambutan yang lain. Oleh itu saya menyeru warga Sabah untuk datang beramai-ramai dan raikan Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Terdahulu Fahmi dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini.

Fahmi berkata antara tetamu jemputan yang dijangka hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri besar dan perwakilan asing.

Liew pula berkata di peringkat negeri Sabah, beberapa mesyuarat penyelarasan telah diadakan seperti peringkat jawatankuasa induk yang dipengerusikan sendiri serta jawatankuasa kerja, khusus bagi memastikan pelaksanaan sambutan tahun ini berjalan dengan lancar dan cekap.

Beliau berharap jawatankuasa itu dapat berbincang dan bekerjasama untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dan persiapan sambutan Hari Malaysia 2024.

“Dengan kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan oleh semua, saya yakin sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berjalan lancar, meriah dan berjaya,” kata Liew.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here