Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Sabah terus perkasa belia: Ketua Menteri
Published on: Tuesday, August 13, 2024
Text Size:

Sabah terus perkasa belia: Ketua Menteri
Hajiji berkata, Sabah telah mengalami pelbagai pencapaian dalam pembangunan belia. Program latihan kemahiran, inisiatif keusahawanan, dan aktiviti sosial telah memberikan impak positif kepada ramai belia negeri ini.  
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan terus melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada kesejahteraan ekonomi belia, termasuk latihan dan kursus kemahiran untuk memperkasa golongan itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, agenda pembangunan modal insan, khususnya golongan muda dan belia, akan terus diberi penekanan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama. 

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama dalam usaha memperkasakan belia Sabah.  

“Semua pihak baik kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat perlu berganding bahu untuk mencipta peluang dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh belia,” katanya pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah, Sidang II, Penggal Ke-34, Tahun 2022-2024 di Grand Ballroom Shangri-La Tanjung Aru pada Isnin. 

Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin. 

Hajiji berkata, belia adalah generasi masa depan yang akan meneruskan legasi pembangunan negeri, ejen perubahan, inovator, dan pemimpin masa hadapan. 

“Adalah penting untuk kita memberikan mereka platform yang sesuai untuk berkembang dan memberi sumbangan. Dengan sokongan yang tepat, belia dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya negeri kita,” katanya. 

Hajiji berkata, Sabah telah mengalami pelbagai pencapaian dalam pembangunan belia. Program latihan kemahiran, inisiatif keusahawanan, dan aktiviti sosial telah memberikan impak positif kepada ramai belia negeri ini.  

Namun, katanya, antara cabaran yang wujud termasuk kekurangan peluang pekerjaan, isu pendidikan, dan kekurangan infrastruktur yang menyokong perkembangan belia, yang kini giat ditangani oleh kerajaan. 

Hajiji berkata, dalam aspek pendidikan pula, kerajaan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa berbincang untuk menangani apa juga masalah berkaitan pendidikan untuk dilanjutkan kepada Kementerian Pendidikan. 

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Yayasan Sabah turut menyediakan tajaan seperti biasiswa, dermasiswa dan pinjaman bagi membolehkan anak-anak Sabah meneruskan pendidikan menengah dan pengajian tinggi mereka. 

Katanya, Sabah turut melakar sejarah dengan kejayaan menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS), pendekatan holistik untuk menyelaraskan semua badan-badan penaja di Sabah dan agensi pemberi bantuan pendidikan. 

Beliau berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan dalam konteks peluang keusahawanan, termasuk kursus kemahiran, pemberian geran dan dana, serta program latihan keusahawanan melalui Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas) bagi menggalakkan belia menceburi bidang perniagaan untuk menjana pendapatan dan ekonomi.

“Saya berharap lebih banyak isu berkaitan kepentingan dan keperluan belia di Sabah akan dikupas dalam persidangan ini untuk diangkat pada Majlis Perundingan Belia Negara peringkat kebangsaan agar belia Sabah tidak ketinggalan, sebaliknya seiring dengan belia lain di negara ini. 

“Komitmen kita ialah memastikan belia Sabah mencapai kejayaan dan kecemerlangan seiring dengan Hala Tuju SMJ dan Malaysia Madani,” tegasnya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here