Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Video 'fitnah' KM, YB; laporan polis dibuat
Published on: Tuesday, August 13, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Video 'fitnah' KM, YB; laporan polis dibuat
Polis menasihatkan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. (Gambar Malay Mail)
SANDAKAN: Dua laporan Polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada Selasa berhubung penyebaran dua video berunsur fitnah di media sosial yang tular sejak beberapa hari lepas.

Laporan Polis itu dibuat susulan hantaran jelik di dalam dua video yang tular itu yang memfitnah dan mengaitkan wakil rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah terhadap isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek klinker dan simen di Tongod dan projek baru Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di tapak rumah pangsa Tanjung Aru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Ramasamy Kuppan, berkata, kedua-dua laporan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Polis juga menasihatkan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih.

Sementara itu, difahamkan, dua lagi laporan berkenaan juga masing-masing dibuat di Balai Polis Penampang dan Balai Polis Karamunsing yang mana video yang tular terbabit juga didakwa telah memetik dan memfitnah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here