KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kampung Paris 3, di sini, pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam tersebut berlaku apabila kenderaan Proton X50 yang dinaiki budak tersebut bersama keluarganya bertembung dengan Toyata Hilux.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang tiba di lokasi kejadian telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.
Kesemua mangsa telah dihantar untuk menerima rawatan di hospital terdekat manakala kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.