Fri, 23 May 2025
Headlines:
Wanita benar PTI tinggal dalam premis didenda
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita benar PTI tinggal dalam premis didenda
Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 27 tahun didenda RM5,000 atau penjara 60 hari kerana membenarkan seorang wanita Filipina tanpa sebarang dokumen tinggal di dalam premis di bawah kawalannya.

Diana Tsen Mei Fung mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Advertisement
Tsen didapati membenarkan pendatang tanpa izin berusia 50 tahun itu jam 1.28 petang pada 20 Mac tahun ini berada di pusat Terapi Kesihatan dan Refleksologi Semulajadi Redd di Wisma Merdeka, di sini.

Pertuduhan menyatakan bahawa Tsen merupakan orang yang mengawal premis itu.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.

Siasatan mendapati Tsen telah membenarkan pendatang tanpa izin itu berada di dalam premis berkenaan yang di bawah kawalannya.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan manakala Tsen tidak diwakili.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here