Thu, 12 Sep 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dua rakyat Filipina miliki barang kawalan dipenjara
Published on: Wednesday, August 14, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Dua rakyat Filipina miliki barang kawalan dipenjara
KEDUA-DUA tertuduh ketika di mahkamah.
SEMPORNA: Dua warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana memiliki barang kawalan secara haram.

Tertuduh, Manan Ahmad, 30an, dan Roslan Gapul, 50an, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau Rosli Ahmad pada Selasa.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta sama.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman mereka untuk tindakan lanjut.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna, Dr Jong Jee Leong, berkata kedua-dua tertuduh ditahan secara berasingan di Pulau Boheyan dan Pulau Timba-Timba oleh pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA), sebelum diserahkan kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, tertuduh tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan didapati memiliki sejumlah 1,050 liter petrol dalam 42 jerikin di atas bot dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Kedua-dua mereka juga tidak memiliki sebarang lesen untuk barangan kawalan itu.

“KPDN Semporna tidak akan berkompromi dengan aktiviti membabitkan barangan kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti haram membabitkan barangan kawalan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here