LAHAD DATU: Sebuah lori tangki yang membawa diesel musnah sepenuhnya apabila ia terbakar dekat bulatan Jalan Dam, di Lahad Datu, pada Isnin. Tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan menerusi MERS999 berhubung kejadian itu jam 4.07 petang.
ADVERTISEMENT
“Sepasukan 16 anggota dari balai bomba Lahad Datu dihantar ke lokasi dan tiba jam 4.14 petang. Turut hadir adalah polis dan seorang anggota Jabatan Air negeri.
“Pasukan itu berjaya mengawal kebakaran jam 10.08 malam dan menamatkan operasi pada 11.59 malam selepas mereka memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” kata jabatan itu.