Mon, 17 Feb 2025
Headlines:
Kuskop giat kerjasama galak pembangunan koperasi
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
Text Size:
Text:
Kuskop giat kerjasama galak pembangunan koperasi
EWON (ketiga kiri) ditemani Irwan (ketiga kanan) serta Mohammad Hanis (kedua kanan) bergambar bersama Tun Juhar (tengah).
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi giat melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan pembangunan koperasi di negeri ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick berkata antara agensi tersebut adalah Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Advertisement
“Bagi Bank Rakyat, kita sedang mempertimbangkan untuk meluaskan cawangan di pekan-pekan ataupun bandar-bandar baru di Sabah.

“SKM pula, sudah tentu kita akan terus membangunkan gerakan koperasi dengan menyediakan geran-geran pembangunan tabung modal pusingan kepada koperasi-koperasi di Sabah,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Ewon menjelaskan geran-geran tersebut akan digunakan untuk membina infra-infra bagi mengembangkan perniagaan yang dilaksanakan oleh setiap koperasi.

“Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi Sabah antara yang tertinggi mendapat bantuan pembangunan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun ini.

Advertisement
“Begitu juga dengan Bank Rakyat di mana Sabah merupakan antara yang tertinggi dari segi pemilikan aset di kalangan pelanggan-pelanggan Bank Rakyat.

“Sudah tentu ini membuka peluang untuk lebih banyak lagi perancangan dilaksanakan pada masa hadapan dan kita akan memfokuskan kepada pembangunan pelancongan pula yang digerakkan oleh koperasi-koperasi pelancongan di Sabah dan di negeri-negeri yang lain,” ujarnya.

Advertisement
Dalam kunjungan tersebut, Ewon yang mengetuai delegasi bersama-sama Bank Rakyat dan SKM membentangkan beberapa program di bawah agensi masing-masing seperti inisiatif Bank Koperasi di Sabah, prestasi gerakan koperasi dan rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan di negeri ini.   

Selain itu, kunjungan juga bertujuan memaklumkan perkembangan prestasi Bank Rakyat di Sabah, program pembiayaan dan sumbangan zakat serta program tanggungjawab sosial korporat agensi berkenaan seperti membantu -mangsa banjir. 

Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohammad Hanis Osman.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here