Fri, 23 May 2025
Headlines:
Keningau jadi tuan rumah HSN 2024 Peringkat Negeri
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Keningau jadi tuan rumah HSN 2024 Peringkat Negeri
ELLRON (ketiga dari kiri) bersama penolong Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan (ketiga dari kanan) pada mesyuarat pada Selasa.
Kota Kinabalu: Lebih 5,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara Hari Sukan Negara (HSN) 2024 yang dijadualkan pada 12 Oktober ini di Kompleks Sukan Keningau bermula jam 7 pagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan program kebangsaan peringkat Sabah.

Advertisement
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata mereka menyasarkan warga emas berumur 60 tahun ke atas, veteran (40-60), belia dan dewasa (13-30), orang kelainan upaya (OKU) serta wanita dan kanak-kanak.

“HSN2024 akan mengetengahkan konsep sukan baharu Malaysia Madani dan sukan rakyat untuk penyatuan kesejahteraan serta menjunjung prinsip saling hormat-menghormati.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Ia bagi meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah budaya sukan yang menyeluruh melalui pelaksanaan program sukan yang komprehensif, dan untuk mewujudkan komuniti yang cergas dan aktif.

“Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menggalakkan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan,” katanya pada Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur pertama.

Advertisement
Aktiviti yang terlibat dalam program tahun ini termasuk senamrobik, larian untuk negara, HSN ride, berjalan kaki Ria Madani, cabaran senamrobik mega, sukan tradisional dan lain-lain.

Penyertaan adalah percuma dan hadiah disediakan untuk beberapa penyertaan aktiviti utama dan setiap peserta akan menerima sijil digital atau e-Cert HSN 2024.

Advertisement
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal HSN 2024 ( https://www.harisukanegara.my ) Facebook Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Facebook Rasmi jabatan belia dan sukan (Persekutuan) negeri serta akaun Instagram dan Twitter mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here