Mon, 14 Jul 2025
Headlines:
Lelaki tengah ‘khayal’ rempuh 7 kenderaan
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki tengah ‘khayal’ rempuh 7 kenderaan
PERODUA Kenari yang dipandu suspek.
TAWAU: Polis menahan seorang pemandu Perodua Kenari, 32, yang didapati di bawah pengaruh dadah sehingga mengakibatkan tujuh kenderaan terlibat kemalangan di Batu 3, Jalan Apas sekitar jam 5.07 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kemalangan itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal, 26, cedera kedua belah tangan dan lutut.

Advertisement
Menurutnya, polis menerima makluman kemalangan itu pada jam 5.15 petang dan menjalankan siasatan di lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika suspek memandu kereta jenis Perodua Kenari dari arah Jalan Apas menuju ke bandar Tawau.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
“Apabila menghampiri sebuah premis di Batu 3 Jalan Apas, pemandu itu memandu secara melulu dan merempuh tiga kenderaan yang diparkir.

“Dia juga merempuh tiga kenderaan lain, termasuk sebuah motosikal, yang sedang bergerak,” katanya.

Advertisement
Tambahnya, pemandu tersebut ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here