13 remaja nafi bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu
Published on: Wednesday, August 14, 2024
By: Lagatah Toyos
13 REMAJA itu didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau.
TAWAU: 13 remaja yang terbabit dalam kes pembunuhan seorang pelajar Kolej Vokasional di Lahad Datu Mac lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau, Selasa.
Semua mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
ADVERTISEMENT 13 tertuduh berusia antara 16 dan 19 tahun itu didakwa bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5
Belian Kolej Vokasional Lahad Datu, pada jam 9 malam 21 Mac hingga pukul 7.38 pagi 22 Mac 2024.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan selama 10 hari dari 18 hingga 22 Nov dan 25 hingga 29 Nov 2024.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
ADVERTISEMENT Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dan DPP Hurman Hussain, yang tampil untuk pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 12 saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan.
Sembilan daripada 13 remaja itu diwakili oleh Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye manakala Abdul Ghani Zelika mewakili seorang lagi.
ADVERTISEMENT Tiga lagi tidak diwakili.
Pada 2 April lalu, 13 pelajar itu didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu atas tuduhan membunuh Mohamad Nazmie dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Pada 13 Jun, mahkamah sama menafikan permohonan ikat jamin tujuh remaja berkenaan sementara menunggu perbicaraan kes seterusnya.
Hakim Duncan memutuskan bahawa tiada keadaan khas yang mewajarkan pemberian jaminan dalam kes ini.
Beliau berkata permohonan itu terlalu awal memandangkan kes itu belum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi lagi, di mana pemohon akan berpeluang memfailkan permohonan mereka.
Kesemua tertuduh yang datang dari Kota Marudu, Pitas, Lahad Datu dan Kota Belud, antara lain, akan ditahan di Penjara Tawau sebelum tarikh perbicaraan penuh.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.