Wed, 16 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Jaga integriti, permudah urusan rakyat: Peringatan kepada pegawai daerah dan presiden majlis perbandaran
Published on: Friday, August 16, 2024
Published on: Fri, Aug 16, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:
Share this story
Jaga integriti, permudah urusan rakyat: Peringatan kepada pegawai daerah dan presiden majlis perbandaran
HAJIJI diiringi Jahid melakukan gimik perasmian persidangan itu.
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan Pegawai Daerah (DO), Penolong Pegawai Daerah (ADO) dan Presiden Majlis Perbandaran agar melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh integriti dan ketelusan, khususnya melibatkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat. 

Katanya, mereka juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada  wakil rakyat kerajaan dan memaklumkan mereka tentang projek-projek pembangunan untuk rakyat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di kawasan masing-masing. 

Advertisement
“DO merupakan pegawai amat penting di daerah, yang perlu memberikan kerjasama kepada wakil rakyat kerajaan dan jangan sembunyikan maklumat, terutamanya projek-projek pembangunan kerajaan,” katanya apabila merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-27 2024 di Grand Ballroom, Shangri-La Rasa Ria, di sini pada Khamis. 

“Wakil rakyat mungkin tahu dan maklum tentang projek pembangunan untuk rakyat daripada peruntukan Adun atau Ahli Parlimen. Tetapi projek lain daripada kerajaan, mereka tidak tahu. 

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
“Saya juga memanggil Pegawai Kemajuan Negeri dan memintanya  memaklumkan kepada wakil rakyat mengenai projek dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan di kawasan dan daerah mereka. 

“Ini kerana saya menerima aduan daripada wakil rakyat bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya. 

Advertisement
Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai di beberapa daerah negeri ini berhubung ketidaktelusan atau integriti dalam kalangan DO, ADO dan pegawai jabatan kerajaan, terutama sekali membabitkan pelaksanaan projek-projek kecil untuk rakyat, yang amat penting dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan. 

“Justeru, saya berharap DO dan ADO akan memberi tumpuan dan penekanan kepada aspek integriti dan ketelusan. 

Advertisement
“Apa yang penting ialah kita permudahkan urusan mengenai pelaksanaan projek kecil kerana rakyat amat memerlukan. 

“Sebagai pegawai yang setiap masa berada di lapangan, rakyat perhatikan kita. 

“Kalau ada kekurangan atau ketirisan dalam pelaksanaan program kerajaan di daerah, maka kesan dan implikasinya akan diterima ialah wakil rakyat dan kerajaan kerana rakyat akan kritik mereka. 

“Kita perlu permudahkan urusan dengan rakyat apabila berjumpa dengan kita. 

“Jangan kita lambat-lambatkan sesuatu kelulusan, bukan sahaja dalam pelaksanaan projek kecil, tetapi pengeluaran lesen dan sebagainya, kerana ini adalah soal kehidupan rakyat,” tegasnya. 

Hajiji berkata, keberkesanan kerajaan bergantung kepada pegawai kerajaan, khususnya DO dan ADO yang berada di lapangan, kerana rakyat akan jumpa dengan mereka untuk pelbagai urusan.  

“Jika sesuatu urusan boleh diselesaikan dalam masa singkat, jangan pula ambil masa terlalu lama sehingga satu atau dua bulan untuk selesaikan atau luluskan kerana ini akan memberi impak negatif kepada kerajaan. 

“Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi.

“Jika saya dapati ada unsur-unsur melengah-lengahkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat yang disengajakan, menyusahkan urusan dengan rakyat, termasuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan, dan mempunyai bukti yang nyata, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai tersebut yang tidak melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan. 

“Kerajaan mahukan kejayaan dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, 

“Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya dan banyak lagi isu yang kita perlu selesaikan. 

“Bukan sahaja DO dan ADO tetapi semua pegawai kerajaan, sebagai pelaksana kepada kerajaan yang memerintah. Laksanakan tugas dengan baik, permudahkan. 

“Saya berharap mereka bukan sahaja tingkatkan integriti dan ketelusan, tetapi juga kecekapan dalam mentadbir di pejabat peringkat daerah, kementerian dan lain-lain,” tegasnya. 

 Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata tema persidangan itu ialah “Memacu Pengurusan Pentadbiran Daerah Ke Arah Sabah Maju Jaya”.

“Tema ini amat bertepatan sekali dengan aspirasi Kerajaan Negeri hari ini. 

“Penganjuran persidangan ini merupakan usaha Kementerian untuk membuka ruang kepada pegawai daerah untuk berkomunikasi dan bertukar idea serta pengalaman bagi memantapkan lagi pengurusan pentadbiran daerah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata persidangan ini juga memberi peluang kepada pegawai daerah untuk berinteraksi terus dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan. 

“Peranan Kementerian tidak akan terlepas daripada membicarakan tanggungjawab  terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri. 

“Pada tahun ini, fokus utama kementerian adalah program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam pembasmian kemiskinan di luar bandar. 

“Kementerian akan terus memperkasa dan memantapkan pelaksanaan program dan memperkenalkan inisiatif baharu, terutama yang menjana pendapatan kepada komuniti di luar bandar. 

“Kementerian ini mampu menganjurkan program yang boleh menjana pendapatan agar ramai masyarakat luar bandar tidak terjerumus ke dalam lingkaran pusingan kemiskinan.” 

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Adun Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, antara lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here