Pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 28 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh ibunya.
Halevin Radian mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan menakut-nakutkan Heather Lynn Simpar, 45, dengan mengancam untuk membunuhnya pada 10 Ogos, jam 10 pagi, di sebuah rumah di Kg Kionsom, Inanam.
Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Inspektor Suzie S.K. yang melakukan pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan seterusnya mencadangkan ikat jamin sebanyak RM5,000.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang lebih rendah kerana dia sudah berkahwin dan menganggur.
Mahkamah menetapkan 20 Sept ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm) dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.
Dalam kes berasingan, dua penganggur didakwa atas tuduhan mencuri kenderaan.
Albeto Saleh, 22, dan Zahirin Edwin, 38, mengaku tidak bersalah secara berasingan melakukan kesalahan itu pada 3 Jun, antara jam 5 pagi dan 7.15 pagi, di bengkel SH Euro Auto Parts, Wisma KKM, Jalan Tuaran.
Albeto didakwa mencuri BMW X3 milik seorang Ang Li Jin manakala Zahirin didakwa mencuri Land Cruiser kepunyaan Philip Chang Min Leong.
Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu tahun dan tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 26 Sept untuk ptcm kes Albeto dan menawarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 serta dua orang penjamin.
Zahirin dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 serta dua orang penjamin sementara menunggu ptcm pada 23 Sept.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia