Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


Sabah bakal tubuh Majlis TVET negeri
Published on: Sunday, August 18, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Sabah bakal tubuh Majlis TVET negeri
ARIFIN (tengah) dan Dalmansa (kiri) mendengar taklimat daripada salah seorang pelajar di Kinabatangan yang memenangi pertandingan robotik kebangsaan 2024 peringkat negeri.
SANDAKAN: Pewujudan Majlis TVET Sabah di negeri ini dicadangkan, dan jika diluluskan, dijangka dilancarkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif berkata, kertas kerja berkenaan sedang dibuat dan selepas siap, ia akan dikemukakan kepada Kabinet Negeri.

“Anggota majlis ini akan termasuk KSTI, Jabatan Pendidikan Negeri, universiti tempatan dan pakar dalam bidang itu.

“Selain itu, kita juga terus memperkasa bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi pelbagai program di seluruh daerah di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), melibatkan guru, pelajar dan pakar STEM dari universiti tempatan,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here