Wed, 21 May 2025
Headlines:
Tiada rekod peribadi jenayah pesalah bawah umur di Sekolah Henry Gurney
Published on: Sunday, August 18, 2024
Published on: Sun, Aug 18, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Tiada rekod peribadi jenayah pesalah bawah umur di Sekolah Henry Gurney
Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan, Nora Musa
Kota Kinabalu: Jenayah yang dilakukan pesalah bawah umur yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney (SHG) sepatutnya tidak dicatat dalam rekod peribadi mereka.

Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan, Nora Musa berkata, selepas pelajar keluar mereka sudah tidak ada hubungan dengan Jabatan Penjara.

Advertisement
“Sepatutnya tidak ada dalam rekod peribadi, semua pelajar di Sekolah Henry Gurney ini tidak ada rekod jenayah.

“Jadi mereka boleh melanjutkan pengajian ke mana-mana, sebab itu kita mengalakkan mereka yang berada di dalam ini meneroka pelbagai bidang termasuk kemahiran dan akademik.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Sekiranya banyak pihak memberi sokongan dan peluang, mereka akan boleh pergi jauh. Sekarang ini di Sabah saya nampak tenaga buruh mahir menjadi keutamaan juga dan kita boleh bawa mereka ke arah itu.

“Jika mereka mendapat keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian dan kita boleh keluarkan lebih awal dari penjara untuk mereka sambung belajar,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pelajar 2023/2024 di Dewan Merak Kayangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.

Katanya lagi, walaupun sekolah di dalam mengalami kekurangan fasiliti tetapi itu bukan penghalang untuk mereka berjaya.

Advertisement
“Banyak hasrat kita untuk mereka yang dimasukkan ke sekolah ini sebab kita ingin keluarkan minda mereka berada di dalam penjara.

“Jadi pada sesi persekolahan, mereka berada dalam sesi persekolahan yang sebenar dan mereka akan ikut sepenuhnya program yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk dari segi silibus dan jadual.

“Guru-guru yang mengajar pun dari KPM sendiri dan dari segi silibus memang semua tertakluk apa yang digariskan. Cuma kita akui ada sedikit kekurangan dari segi fasiliti amali seperti untuk subjek sains tidak ada makmal,” katanya.

Bagaimanapun, Nora berkata, sokongan daripada pelbagai pihak tidak kira daripada Jabatan Penjara sendiri dan juga KPM juga ada selain ibu bapa mereka.

“Ini termasuk pelajar-pelajar di dalam ini turut menerima bantuan kewangan yang disediakan KPM dan ini membolehkan mereka membeli peralatan untuk tujuan pembelajaran mereka sendiri. Di penjara pun kita sediakan juga.

“Kita berharap juga ibu bapa dapat memberikan sokongan dalam laluan kerjaya anak-anak mereka di dalam ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here