Wed, 16 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Semua pihak perlu tangani, cegah gangguan seksual
Published on: Sunday, August 18, 2024
Published on: Sun, Aug 18, 2024
Text Size:
Share this story
Semua pihak perlu tangani, cegah gangguan seksual
“Dalam mencapai matlamat ini, penting untuk kita semua mengambil tanggungjawab masing-masing iaitu institusi-institusi pendidikan perlu menyediakan pendidikan dan latihan mengenai gangguan seksual kepada pelajar serta kakitangan, majikan dan organisasi juga perlu memastikan bahawa tempat kerja adalah selamat dan bebas daripada gangguan seksual,” kata James.
Kota Kinabalu: Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menangani dan mencegah isu gangguan seksual yang bukan sahaja satu jenayah, tetapi juga masalah sosial.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib gangguan seksual memberi kesan mendalam kepada individu yang mengalaminya serta merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Advertisement
“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua tidak kira peringkat umur, jantina atau latar belakang untuk berganding bahu dalam memerangi masalah ini dan memastikan bahawa semua orang dapat hidup serta bekerja dalam persekitaran yang selamat dan menghormati hak serta maruah masing-masing.

“Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menentang gangguan seksual dengan meningkatkan kesedaran serta memberi sokongan kepada mangsa dan melaporkan kes-kes yang berlaku menggunakan saluran yang betul  dengan melaporkan kepada pihak Polis Diraja  Malaysia (PDRM) dan Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS).

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
“Dalam mencapai matlamat ini, penting untuk kita semua mengambil tanggungjawab masing-masing iaitu institusi-institusi pendidikan perlu menyediakan pendidikan dan latihan mengenai gangguan seksual kepada pelajar serta kakitangan, majikan dan organisasi juga perlu memastikan bahawa tempat kerja adalah selamat dan bebas daripada gangguan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penutupan Forum ‘Celik Hak: Tribunal bagi Antigangguan Seksual’  di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Khamis.

Advertisement
Forum tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam menangani dan mencegah isu gangguan seksual yang semakin mencabar dalam masyarakat.

Di samping itu, beliau berkata program itu merupakan platform strategik dan signifikan dalam meningkatkan kesedaran serta membincangkan langkah-langkah pencegahan serta memperkukuhkan usaha-usaha dalam menangani isu gangguan seksual secara holistik.

Advertisement
“Penting untuk kita berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan tentang gangguan seksual dengan kehadiran panel-panel terkemuka dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing.

“Melaluinya kita dapat mendalami pelbagai aspek tentang gangguan seksual termasuk bagaimana boleh dielakkan dan memberi sokongan kepada mangsa serta penyaluran aduan mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” jelasnya pada program yang dihadiri lebih 180 peserta itu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan rakyat, Datuk Flovia Ng.

Peserta forum itu terdiri daripada pegawai-pegawai jabatan dan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS dan badan bukan kerajaan (NGO) forum tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah selaku urusetia dengan kerjasama Tribunal Antigangguan Seksual.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita, Haslinah Ismail.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here